Thursday, 25 June 2009

Kastam Miri Inter Team Bowling Tournenment 2009

Setelah beberapa kali di tangguh, pertandingan boling antara pasukan Kastam Miri akhirnya menjadi kenyataan pada 23.6.2009 jam 7.00 malam. Beberapa kali penangguhan adalah disebabkan komitmen tugas pegawai-pegawai kanan yang terlibat dan saya sendiri selaku konvenor yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas penguatkuasaan. Dengan terlaksananya aktiviti ini, saya sangat berbesar hati dan terharu dengan komitmen Penolong Pengerusi MSKK Miri, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Pn. Hasimah Semuli dengan membenarkan sedikit subsidi diberikan kepada pasukan yang menyertai. Ini adalah merupakan aktiviti 10-boling yang paling banyak perserta sepanjang saya menjadi konvenor sejak 3 tahun lalu. Seramai 72 orang peserta yang mengangotai 18 pasukan dan ini merupakan jumlah pasukan yang maksima yang mampu ditampung oleh gelanggang boling di Miri. Kepada AJKK diterajui oleh PiKT Osman Hj Imbun yang saya tubuhkan sejak Februari lalu, saya mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH. Bagi saya sendiri, sebagai Konvenor dan Setiausaha AJKK, komitmen dan tanggungjawab sebagai tulang belakang penganjuran lebih diutamakan. Oleh yang demikian, saya tidak turut bertanding. Terdapat dua orang pemain utama Miri juga mengambil tindakan sama demi kelancaran aktiviti ini. Terima kasih khas kepada PiK Zamir Ibrahim dan Jamari Yaman.

Para peserta bergambar beramai-ramai sebelum pertandingan.



Pn. Hasimah Semuli melakukan roll-off sebagai perasmian pertandingan.


Pada malam tersebut, Megalanes East Miri telah dikuasi sepenuhnya oleh Kastam!


Saya hanyalah AJK...

THE RESULT IS....


Pn. Hasimah Semuli -Juara Pegawai Kanan Wanita.


Juara Pegawai Kanan Lelaki-Tn. Buna Sawal


Juara Perseorangan Wanita - Cik Rogayah Suhaili


Juara Perseorangan Lelaki - Paterson Bonie

Monday, 8 June 2009

MSKKDM(Swak) Miri Closed - Inter Team 2009

Date: 23.6.2009. Time: 7.30 malam.
Venue: MegaLanesEast, Bintang Mega Mall, Miri.

MSKKDM(Swak) Miri akan mengadakan pertandingan bowling tertutup berpasukan pada tarikh di atas. Kategori yang dipertandingkan;

1. Berpasukan
2. Individu Pegawai Kanan
3. Individu Lelaki
4. Individu Wanita
5. High Game Pegawai Kanan
6. High Game Lelaki
7. High Game Wanita

Acara ini adalah aktiviti tahunan MSKKDM Miri.

Saturday, 6 June 2009

Team Extreme Juara !!!

5.6.2009 Team Extreme telah menjadi Johan 1st round Miri Tenpin Bowling League! Perlawanan terakhir menyaksikan team telah menewaskan Nippon Oil 16.5 - 3.5 dan mengesahkan kejuaraan pusingan pertama. Extreme telah melonjak dari 3rd place ke tangga teratas selepas menundukan RanHill minggu lalu dengan keputusan 20-0 !.
Minggu hadapan akan menyaksikan pertembungan sesama sendiri top 5 yang juga merupakan acara/peluang sekali lagi untuk menambah pungutan hadiah...
Ahli pasukan;
1. Naising Bega (Kpt)
2. Osman Hj Imbun
3. Baharuddin Merikan
4. Paterson Bonie
5. Jamari Yaman
6. Zamir Ibrahim
7. Rogayah Suhaili
8. Rahimahayu Borhan

Monday, 2 February 2009

TEAM KASTAM MIRI A CHAMPION

Megalanes East, Miri - Pada 31.1.2009, pasukan Kastam Miri A telah menjuarai pertandingan boling yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri-HASIL. Lebih 30 pasukan telah bertanding mewakili jabatan dan agensi kerajaan termasuk dari agensi swasta. Pasukan Kastam A dianggotai oleh Paterson Bonie, Baharuddin Merikan, Jamari Yaman dan Rahimahayu Borhan. Ditangga kedua adalah pasukan campuran dari Medical+Bandaraya+MAS+(tak confirm) manakala ketiga dimenangi oleh pasukan campuran Shell+Petronas. (Lagi detail akan dipost kemudian.)
Saya?? Ramai yang bertanya saya dimana? Saya ada dirumah masa pertandingan, sibuk dengan projek photography saya yang telah bermula sejak disember 2008 lagi. Jadi tak ada masa nak training. Lagipun tak ada rasa nak main la kali ni. Tapi tak apa, banyak lagi jabatan akan menganjur lepas ni.

Saturday, 24 January 2009

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Selamat menyambut tahun baru cina kepada saudara-saudara berbangsa cina. Semoga tahun baru ini anda semua enjoy..


Thursday, 15 January 2009

Tinggalkan cerita boling sekejap..

Hi...
Rasa-rasanya lama juga saya tak menulis disini. Musim tengkujuh ni aktiviti boling pun kurang(sepatutnya boling tak effected oleh tengkujuh he..). Sebanarnya saya dah lama tak ke center sebab sibuk dengan aktiviti lain. Sekarang saya tengah gila photography balik da.... Azam tahun baru ni nak aktif kembali dalam bidang photography yang saya telah tinggalkan hampir 10 tahun dulu. Tahun ni nak tunjuk bakat dan minat saya selain boling pulak. Kalau ada anda-anda yang memerlukan khidmat photographer untuk event, kahwin, birthday parti, baby baru atau apa-apa yang berkaitan, bolehlah sms saya. Harga boleh dibincang dan dijamin tidak membebankan. Blog photo saya ada di http://nainetphotography.blogspot.com/


My Angel

Thursday, 1 January 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

SALAM SEJAHTERA,
Saya mengucapkan selamat menyambut tahun yang baru, 2009. Macam tahun-tahun yang lepas juga, anda pasti buat azam baru. Adakah azam tahun lepas dah tertunai? Kalau belum terus je dengan azam lama tu..x pyh nak buat azam baru. Lepas azam yang lama tercapai, baru buat azam baru! Lebih praktikal kan..kan? Bagi saya, azam sejak berzaman masih diteruskan, sbb azam saya universal...untuk memajukan diri. Tapi dalam diam saya buat target specifik untuk tahun 2009 ni, tapi x blh ckp.
Cerita pasal bowling, tahun depan ni saya pasti akan buat pertandingan jemputan KDRM miri, terbuka kepada jab/agensi kerajaan yang dijemput sahaja. Tahun lepas KDRM tak sempat nak buat sbb center ditutup untuk pembaikan bila tiba masa yang dirancangkan. Dari khabar yang saya dengar LHDN akan memulakan siri jemputan tahun ni. LHDN telah memilih tarikh akhir Jan '09. Tapi lum confirm lagi sbb saya lum terima surat jemputan..
OK tu je wt kali ni..

Wednesday, 31 December 2008

NEW CLASSIC DITANGGUH..

SALAM SEJAHTERA,
Acara malam 31.12.2008 telah ditangguhkan oleh penganjur atas perkara yang tidak dapat dielakan..kata diaorang! Jadi kena tunggu sehingga 17.01.2009.
Tapi tak kisahlah..harapan untuk mendapat center yang bagus nampaknya belum kesampaian. Center masih macam dulu jugak!
Mls lh nak cite...
K. Bye.. :)

Tuesday, 23 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON.pdf

Salam Sejahtera.

Selepas lima post(siri) berkenaan bowling terms and jargon, saya telah mengumpul dan menerbitkan dalam bentuk pdf file. Untuk download, anda boleh klik dibahagian download.
Buat masa sekarang, tiada update atau berita menarik dari bowling center. Walau bagaimanapun, anda boleh juga layari blog saya di http://naisingphotography.blogspot.com.

TQ

Sunday, 21 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON - Part 5

Nampaknya ini adalah bahagian terakhir untuk siri ini. Mungkin pada masa akan datang saya mencari info lain pula untuk tuan-tuan dan puan-puan. Terima Kasih dan Selamat Membaca.

35. HOOK – Melakukan balingan dengan side-spin yang berpatutan supaya bola akan bergerak secara melencong(curve) ke arah poket dari sudut sisi.
36. CRANKER – Pemain boling ini melakukan balingan side-spin yang lebih deras dengan putaran bola yang lebih laju bertujuan untuk melakukan ‘hook’ yang lebih besar dan kuat.
37. STROKER – Cara permainan yang lebih lembut, perlahan dan tidak melakukan hook yang besar.
38. POWER STROKER – Permainan cara ini adalah lembut dan perlahan tetapi melakukan hook yang besar dengan cara melebihkan putaran pada bola. Boleh dikatakan cara permainan ini adalah berada pada pertengahan antara cranker dan stroker.
39. BACK-UP BALL – Bola yang dilepaskan oleh seseorang pemain tangan kanan tetapi hook ke kanan. Sepatutnya hook bagi pemain tangan kanan adalah ke kiri. Untuk pemain kidal, keadaan adalah sebaliknya.
40. OIL – Minyak yang disapu ke atas dua pertiga daripada permukaan lane bagi membolehkan bola yang dilepaskan dalam keadaan side-spin meluncur sehingga pada satu jarak, sebelum bola mula terkena pada bahagian yang kesat dan mula hook.
41. BACK END – Back-end adalah kawasan 15-20 kaki dihujung lane dimana bola sepatutnya mula hook ke poket. Kawasan ini tidak di oil bagi membolehkan bola mencengkam lane dan ‘hook’.
42. CARRY-DOWN – Ini merujuk kepada keadaan oil yang berpindah ke bahagian hujung lane. Ini terjadi kerana banyak bola yang melalui kawasan tersebut. Keadaan ini juga menjadikan kawasan tersebut menjadi licin dan bola tidak hook seperti yang sepatutnya.
43. TRACK – Merujuk kepada jalur bekas minyak yang melekat atas bola selepas balingan dibuat. Track menandakan bahagian mana bola yang terkena lane dan bagaimana perjalanan bola di atas lane.
44. TRACK FLARE – Perubahan track minyak dari bahagian kering dan berminyak di permukaan bola. Track flare berlaku apabila track berubah dari axis asal apabila pemain melakukan balingan. Ini bergantung kepada cara bola dilepaskan. Bila perubahan berlaku, bola akan mencekam lebih kepada lane apabila bahagian yang kering terkena lane. Ini akan menjana lebih kuasa pada hook.

Sekian dulu. Jika ada lagi saya akan buat siri 2 pulak. Next Topic(COMING SOON) - Specific Training for Tenpin Bowling(lebih kurang gitulah bunyinya).

Nota : Jika ada pembaca yang berminat untuk menyimpan senarai penuh, anda boleh download dalam format pdf dari link yang saya akan sediakan di bahagian download.

Friday, 19 December 2008

ON TRIAL

Salam Sejahtera.
Saya mohon maaf atas kesilapan semalam.(post sekerat jalan..he)

Sebenarnya saya ingin ceritakan tentang trial run yang saya jalankan di center yang baru siap. Segalanya macam dah ok, tetapi masih dalam kelam kabut lagi. Maklum lah center baru siap. Walau bagaimana pun, kepada semua peminat bowling, anda sekarang boleh mula pasang angan-angan jadi juara dalam event yang akan diadakan pada 31.12.2008.

Selamat memboling..

Thursday, 18 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON - Part 4

Kali ini saya sempat mengulas sebanyak 9 istilah lagi. Selamat Membaca.

26. CHOP – Open frame setelah dua atau lebih pin yang berturutan tidak dapat dijatuhkan kerana bola hanya mengena satu atau dua pin tetapi meninggalkan satu atau dua pin masih berdiri yang membawa kepada open frame.
27. MESSENGER – Pin yang melantun dari dinding yang lain ke sebelah lagi dan menghentam pin yang bertentangan untuk menghasil strike yang tidak disangka.
28. TAP – Satu keadaan dimana balingan yang tepat ke poket tetapi tidak menghasilkan strike. Biasanya tertinggal pin 8 atau 10 bagi pemain kanan. Bagi pemain kidal pin 7 atau 9.
29. FOUL – Berlaku apabila kaki atau mana-mana bahagian badan pemain menyentuh garisan permulaan lane (foul line) dihujung approach dan buzzer akan diaktifkan. Bila ini berlaku, skor akan dikira sebagai kosong tidak kira berapa banyak pin yang dijatuhkan. Walau bagaimanapun, foul tidak berlaku jika bola tidak dilepaskan semasa buzzer diaktifkan.
30. SIRIES – Jumlah jatuhan pin untuk satu set permainan. Misalnya dalam permainan liga, tiga game adalah satu set. Jatuhan pin untuk tiga game tersebut dikira sebagai siries.
31. FRONT SIX – Melakukan strike berturutan untuk enam frame yang pertama.
32. RINGING TEN – Keadaan dimana pemain sepatutnya mendapat strike tetapi pin 6 yang sepatutnya menghentam pin 10 hanya melantun melintasi disebelahnya tanpa bersentuhan membuatkan pin 10 masih berdiri. Keadaan sebaliknya bagi pemain kidal dimana pin 4 gagal menyentuh pin 7.
33. FLAT TEN – Keadaan hampir menyamai apa yang berlaku pada ringing ten, tetapi pin 6 tidak melantun, sebaliknya hanya tergolek dan tersadai di dalam gutter.
34. GUTTER – Lorong seperti longkang ditepi lane. Gutter berfungsi mengutip bola yang tersasar dari atas lane.

akan bersambung lagi..

Tuesday, 16 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON - Part 3

Semalam kita mendapat sedikit penerangan berkenaan istilah dalam bowling ni. Nampaknya masih banyak lagi istilah-istilah yang perlu saya ketengahkan disini bagi rujukan sesiapa yang minat dengan perkara begini. Dibawah saya huraikan 10 lagi istilah.

16. SLEEPER – Nama panggilan bagi pin yang berdiri betul-betul dibelakang pin lain yang tertinggal selepas balingan pertama. Contohnya pin 8 dibelakang pin 2, pin 5 dibelakang pin 1 atau pin 9 dibelakang pin 3. Selalu juga ia dirujuk sebagai ‘mother-in-law’(mak mertua), ‘phantom pin’ atau ‘double wood’.
17. BIG FOUR – Satu split yang meninggalkan pin 4-6-7-10. Dikenali juga sebagai ‘Grandma’s Teeth’.
18. LILY – Split yang jarang berlaku tetapi ada berlaku. Ia meninggalkan pin 5-7-10.
19. BEDPOSTS – Split 7-10, satu split yang dikira paling susah untuk di convert.
20. POCKET – Tempat yang paling ideal untuk bola menghentam pin untuk mendapatkan strike. Poket bagi pemain yang menggunakan tangan kanan adalah diantara pin 1 dan 3, manakala bagi pemain tangan kiri adalah sebaliknya iaitu pin1 dan 2.
21. BROOKLYN – Balingan dikatakan brooklyn apabila bola mengena pada poket yang bertentangan dengan yang sepatutnya. Misalnya pemain kidal bolanya mengena pada poket 1-3. Istilah ini biasa kita dengar bila balingan yang begitu menghasilkan strike. Ada juga orang merujuk brooklyn sebagai ‘jersey’.
22. CARRY – Situasi dimana satu balingan yang bagus walaupun tidak tepat (solid) ke poket yang menghasilkan strike.
23. LIGHT SHOT – Balingan yang mengena poket tetapi lebih dekat kepada pin 3 (2 bagi pemain kidal) berbanding pin 1(headpin). Disebut juga sebagai ‘low pocket’.
24. HEAVY SHOT – Balingan yang mengena head pin lebih daripada pin 3 (2 bagi pemain kidal). Dikenali juga sebagai ‘high pocket’.
25. WASHOUT – Balingan pertama yang meninggalkan head pin dan sekurang-kurangnya dua pin yang bukan berturutan. (cth. Pin 1,2,4 dan 6,10).26. CHOP – Open frame setelah dua atau lebih pin yang berturutan tidak dapat dijatuhkan kerana bola hanya mengena satu atau dua pin tetapi meninggalkan satu atau dua pin masih berdiri yang membawa kepada open frame.

Ada banyak lagi...next post!

Monday, 15 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON - Part 2

Sambungan istilah daripada Part 1 pada 13.12.2008

11. SPARE – Semua pin dapat dijatuhkan selepas dua balingan dalam satu frame.
12. CONVERSION – Juga merujuk kepada spare, tetapi bergantung kepada pin nombor berapa yang tinggal sebelum spare dilakukan. Biasanya digunakan untuk spare yang diambil dari keadaan split.
13. MARK – Untuk spare atau strike.
14. OPEN FRAME – Frame yang tidak strike dan spare tidak dapat di convert.
15. SPLIT – Merujuk kepada kedudukan pin yang masih berdiri selepas balingan pertama. Biasanya head pin (pin 1) telah jatuh dan meninggalkan pin berdiri dalam kedudukan jauh (tidak berturutan) antara satu dengan lain (cth. Pin 7 dan pin 10) dalam baris yang sama. Ada juga jargon seperti ‘baby split’ (pin 2 dan 7 atau pin 3 dan 10), ‘big four’ (pin 4,7 dan 6,10), ‘greek church’ (pin 4,6,7,8 dan 10) dan ‘fit-in split’ (biasanya pin 4,5 atau 5,6).

Akan bersambung. Maaf kerana kesuntukan masa. Jadi yang sempat cuma 5 istilah je..

Saturday, 13 December 2008

BOWLING TERMS AND JARGON - Part 1

Dalam sukan bowling kita selalu mendengar beberapa istilah-istilah yang disebut oleh pemain, terutama senior-senior yang telah berpengelaman luas. Disini saya ingin berkongsi sedikit istilah yang biasa disebut oleh pemain bowling. Saya akan postkan istilah-istilah tersebut secara berperingkat sehingga selesai.
Nota : Semua istilah adalah diperolehi dari sumber-sumber terbuka di internet yang berbahasa Inggeris. Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam terjemahan. Saya bersedia melakukan pembetulan jika ada teguran.-NBB
1. FRAME – Satu giliran pemain membuat balingan. Dalam satu giliran pemain akan melakukan satu (jika strike) atau dua (jika spare atau mis) balingan bergantung kepada jatuhan pin.
2. LINE – Laluan dimana bola boling bergolek ke hujung lane menuju ke pin. Boleh juga digunakan untuk merujuk satu game permainan boling.
3. STRIKE – Semua sepuluh pin jatuh dengan sekali balingan. Ini adalah matlamat pemain boling untuk setiap frame hingga frame ke sepuluh setiap game.
4. DOUBLE – Dua strike berturut-turut dalam satu-satu game.
5. TURKEY – Tiga strike berturut-turut dalam satu-satu game.
6. HAMBONE/SOMBRERO – Empat strike berturut-turut dalam satu-satu game.
7. (No.) BAGGER – Rantaian strike yang banyak. Empat strike juga dikenali sebagai four bagger dan seterusnya.
8. STRIKE-OUT – Melakukan tiga strike dalam frame sepuluh untuk jatuhan pin yang semaksima termampu. Strike out juga boleh digunakan jika seseorang melakukan strike berterusan dari frame sebelum frame sepuluh sehingga strike yang ke tiga dalam frame sepuluh. Ada juga istilah strike home!.
9. SHUT-OUT – Situasi dimana pemain lawan tidak dapat memintas jatuhan pin walaupun pemain tersebut melakukan jatuhan pin maksimum.
10. (Go) OFF THE SHEET – Menghabiskan permainan dengan jatuhan maksima.
akan bersambung lagiiii...

Wednesday, 10 December 2008

Megalanes East - Update

MIRI - Sehingga hari ini, bowling center Miri berada pada peringkat akhir pengubahsuaian dan akan siap sebelum 15.12.2008. Pihak pengurusan memberi jaminan yang centre akan siap mengikut jadual.


New company, new logo..

All new system.

Semua 24 lanes akan beroperasi.

Untuk melihat wajah baru yang sebenar, tunggu sehingga 15.12.2008

Sunday, 7 December 2008

New Year Classic 2008-2009

MegaLanes East - Menjemput anda untuk menyertai pertandingan tersebut pada 31 Disember 2008, jam 9.30 malam. Yuran penyertaan RM150.00 sahaja. Untuk detail sila hubungi Mr.Tan Hock Sin di talian 085-430146.

Thursday, 4 December 2008

Megalanes East, Miri

COMING SOON - Berita gembira untuk peminat sukan tenpin bowling di Miri. Satu satunya pusat boling di Miri yang dahulunya dikenali sebagai Star Bowl Miri akan dibuka semula dengan pengurusan baru dengan nama Megalanes East! Pusat boling yang telah menjalani pengubahsuaian besar-besaran sejak bulan September 2008, dijangka akan dibuka untuk orang ramai selewat-lewatnya hujung bulan Disember ini.

So..peminat bowling di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam, bersiap sedialah untuk berkunjung ke Megalanes East.

Berita lanjut akan diposkan beberapa hari lagi.

Wednesday, 3 December 2008

Tenpin Bowling di Miri

Aseng, KDRM Miri


Hai Peminat Sukan Tenpin Bowling di Miri.

Saya menjemput semua member boling di Miri untuk bersama-sama menyumbang berita atau apa-apa yang berkaitan boling di Miri. Blog ini bukanlah blog rasmi untuk mana-mana kelab setakat ini. Walaupun blog ini adalah blog peribadi saya, tetapi saya menjemput sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai saya. Jika ada sesiapa yang mempunyai berita menarik, pengumuman atau jemputan, sila emelkan saya di singbega@yahoo.com Saya akan postkan untuk anda diblog ini.



Aseng, Karim, Ramzu, Tn Nadzri, Wan Yusof




Gambar yang anda lihat adalah gambar terbaru saya semasa kejohanan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-34, 2008 yang berlangsung di Ampang Metro Point, Kajang. Pasukan KDRM(Malaysia) mendapat tempat kedua keseluruhan tewas kepada pasukan KWSP. Bagi acara individu, saya hanya berada ditangga ketiga sahaja..


Pasukan KDRM


Bersama Ketua Pengarah KDRM